Friday, March 30, 2012

Sunnah Rasulullah S.A.W

Mengenalinya membuatkan orang lain jatuh hati padanya. Melakukan sunnahnya menyenangkan hati orang yang mengamalkannya. Perbuatan orang yang mengamalnya menyejuk mata orang yang memandang. Biarpun sudah beribu tahun beliau meninggal dunia, amalannya tetap menjadi ikutan seolah-olah dirinya masih hidup di kalangan kita.  

Daripada Anas bin Malik katanya Rasulullah SAW bersabda kepadaku: 

"Wahai anakku jika kamu boleh berada pada pagi dan petang dengan tiada di hatimu penipuan terhadap seseorang, lakukanlah. Kemudian baginda bersabda lagi: Wahai anakku, demikan juga dari sunnahku, sesiapa yang menghidupkan sunnahku, ia telah cinta padaku dan sesiapa yang cinta padaku ia pasti bersamaku dalam Syurga."

 (Riwayat Tirmizi)

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu Subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah".

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Thursday, March 29, 2012

Pendaftaran Haji Ahli KWSP

Assalamualaikum w.b.t.

Hari tu ada terbaca kat paper yang skrg ni ada kemudahan baru bagi sesapa yang nak daftar haji.. Iaitu pendaftaran haji melalui KWSP.. Kemudahan ni baru saja diperkenalkan awal Januari tahun ni.. So, bagi yang blm tahu, saya nak tepek dan kongsi sikit info pasal tu.. 


Pendaftaran Haji Ahli KWSP

Inisiatif Pendaftaran Haji Ahli KWSP merupakan satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji (LTH) tanpa perlu mendepositkan simpanan sebanyak RM 1,300 dalam akaun Tabung Haji.

Kemudahan ini tidak melibatkan pengeluaran wang simpanan KWSP.

Syarat-syarat Kelayakan

Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap 
  • Beragama Islam 
  • Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM 1,300 
  • Belum mencapai umur 55 tahun 
  • Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji

Kemudahan pendaftaran haji ini hanya dibenarkan kepada individu atau ahli KWSP berkenaan sahaja.

Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi sebelum ini dan wang pendaftaran haji RM 1,300 sebelum ini dicairkan.

Kaedah Pelaksanaan

Ahli boleh mendaftar haji di bawah Pendaftaran Haji Ahli KWSP dengan hadir sendiri di mana-mana cawangan LTH, Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP. Proses pendaftaran haji adalah mengikut prosedur semasa LTH.

Nota: Penyata KWSP boleh diperolehi melalui i-Akaun, kios, kaunter atau penyata tahunan yang dihantar melalui mel.

Sumber dari web KWSP

Hmm sgt2 senang, kan?? So, apa tunggu lagi.. Jom daftar haji sekarang! 


Mukjizat Zam Zam

Selang beberapa hari lepas, saya ada menonton sebuah dokumentari bertajuk 'Mukjizat Zam Zam' di saluran Oasis. Dokumentari tu mungkin sudah tersiar beberapa kali cuma saya saja yang baru menonton. Jadi kali ni, saya nak buat entry ringkas mengenainya..

Sebenarnya saya begitu tertarik dengan kajian yang dilakukan oleh seorang pengamal perubatan di Munich, Jerman bernama Dr. Knut Pfeiffer. Beliau telah membuat kajian dengan membandingkan antara air zam zam dan air di Munich, Jerman yang mana air di situ dikatakan adalah paling asli dan bersih. Menurutnya, air di Munich dari segi kimianya memang sempurna tetapi dari segi tenaganya hancur. 

Seingat saya, beliau mengatakan air zam-zam itu mempunyai jalur tenaga positif dan jika sel-sel manusia yang lemah menerima air zam zam ia akan berubah menjadi segar dan sihat. Dalam erti kata lain, jika sistem sel badan memberikan kesan positif maka tenaga akan bertambah kerana tenaga datangnya daripada sel-sel yang sihat. Maka tidak hairanlah air zam zam dikatakan berupaya menyembuhkan penyakit. Subhanallah...


Malah ada satu hadis yang menyebut:

"Sebaik-baik air di bumi adalah air zam zam, di dalamnya ada makanan yang mengenyangkan dan ubat yang menyembuhkan penyakit."

 (Hadis Riwayat Tabrani dan Ibnu Hibban)

Wednesday, March 28, 2012

Muhasabah Cinta


Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua padaMu

TUHAN
Baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pernah ku bersyukur
Kini ku mengharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa
Biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta airmataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi
Muhasabah Cintaku

TUHAN
Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Bertemukan aku denganMu...

~ Lyrics by EdCoustic ~ 

"Kadangkala Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat.
Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar.
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi...
"

Tuesday, March 27, 2012

Puasa-Puasa Sunat Menurut Sunnah

Puasa Enam Hari Syawal
Dari Abu Ayyub RA beliau berkata, bahawa Rasulullah pernah bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikutinya berpuasa enam hari di bulan Syawal adalah orang tersebut seperti berpuasa satu tahun." (Hadis Riwayat Muslim)

Puasa Bulan Syaaban
Dari Aisyah RA menceritakan: "Saya tidak pernah mengetahui (melihat) Rasulullah SAW menyempurnakan puasanya satu bulan penuh, kecuali pada bulan Ramadhan, dan saya tidak pernah mengetahui pada bulan-bulan yang lain berpuasa lebih banyak dari bulan Syaaban." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Puasa 13, 14, 15 Setiap Bulan
Berpuasa pada tanggal 13, 14 dan 15 (hari-hari bertepatan dengan bulan purnama). Ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Abu Dzar: "Ya Abu Dzar, apabila engkau berpuasa tiga hari dalam satu bulan, maka berpuasalah engkau pada tanggal tiga belas, empat belas dan lima belas." (Hadis Riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Puasa 9 Zulhijjah (Hari Wukuf)
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.

Puasa Isnin & Khamis
Diriwayatkan dari 'Aisyah RA menceritakan bahawa: "Adalah Rasulullah SAW amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis." (Riwayat Imam Tirmidzi) Menurut beliau, hadis ini hasan soheh.

Puasa 9 & 10 Muharram
Daripada Ibnu Abbas RA berkata: Apabila Rasulullah SAW berpuasa pada hari 'asyura dan memerintahkan para sahabat berpuasa padanya, mereka berkata: Wahai Rasulullah, ini ialah hari yang dimuliakan oleh Yahudi dan Nasrani. Maka Rasulullah SAW berkata, "Pada tahun hadapan - InsyaAllah - kita berpuasa pada hari kesembilan." Maka tidak tibanya tahun hadapan itu sehingga wafatlah Rasullulah SAW. (Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud)

Puasa Selang Sehari (Puasa Nabi Daud)
Puasa Nabi Daud AS bermaksud; puasa sehari dan berbuka sehari dengan mengecualikan hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu dua hari raya dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Kelebihannya ialah sabda Nabi SAW: "Sesungguhnya puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud; beliau tidur separuh malam, bangun (mengerjakan solat) sepertiganya dan tidur semula seperenamnya. (Adapun puasa) beliau berpuasa sehari dan beliau berbuka (yakni tidak berpuasa) sehari." (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin 'Amru RA)



Monday, March 26, 2012

Sunnah Semasa Tidur


1. Tidur Dalam Keadaan Berwuduk


Daripada Barra' bin Azib RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu hendak ke tempat perbaringan, berwuduklah sebagaimana wuduk untuk sembahyang kemudian baringlah di atas lambung kanan.. (Riwayat Muttafaqun Alaihi)


 
2. Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur


Daripada Aisyah RA. katanya Nabi SAW apabila ke tempat hamparan tidur setiap malam baginda menatadah kedua tangannya kemudian menghembus kedua tapak tangan lalu membaca surah Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas kemudian baginda menyapu ke bahagian badan yang dapat dicapai oleh kedua tangan, baginda memulakannya dari kepala, muka dan bahagian badan yang dapat dicapai. Baginda melakukan seperti demikian sebanyak tiga kali. (Riwayat Bukhari)

 
3. Takbir dan Tasbih Ketika Tidur

Daripada Ali katanya: Fatimah RA mengadu tentang apa yang terjadi pada tangannya sebab menggiling. Beliau pergi mengadap Rasulullah SAW untuk memohon seorang  pembantu tetapi baginda tiada.beliau meninggalkan pesan terhadap Aisyah. Apabila Rasulullah SAW kembali Aisyah memberitahu baginda. Kata Ali RA: Baginda datang menemui kami di tempat tidur, lalu aku berdiri untuk menyambut. Baginda bersabda: duduklah, lalu baginda dua bersama kami sehingga aku dapati kaki baginda terasa sejuk di atas dadaku. Baginda bersabda: Mahukah aku tunjukkan kepada kamu berdua apa yang lebih daripada pembantu? Apabila kamu ke hamparan tidur atau tempat berbaring;
  • Bertakbirlah (Allahuakbar) 33 kali
  • Bertasbih (Subhanallah) 33 kali
  • Bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali. 
Kata Ibnu Sirin bertasbih adalah sebanyak 34 kali.

(Riwayat Muttafaqun Alaihi)

 
4. Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam

Daripada Ubadah bin al-Shamad RA: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa bangun pada malam lalu ia membaca:

"Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, Yang tiada bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan kepujian, Dia Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu, Segala puji-pujian hanya untuk Allah, Maha Suci Allah, tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan melainkan Allah."

Kemudian ucap: "Ya Allah! Ampunkanku " dan kalau ia berdoa pasti mustajab doanya dan jika ia berwuduk kemudian sembahyang pasti diterima sembahnyangnya. (Riwayat Bukhari)

 
5. Berdoa Ketika Bangun Daripada Tidur

Daripada Huzaifah bin Al-Yaman RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu berbaring di tempat tidur bacalah: "Dengan namaMu ya Allah aku mati dan hidup".

Dan apabila bangun dari tidur bacalah: "Segala Puji-pujian bagi Allah yang menghidupkan (membangunkan) kami setelah kami mati dan kepada-Nya kami dibangkitkan." (Riwayat Bukhari)


Friday, March 23, 2012

Renungan Sejenak

Buat renungan untuk kita semua,

Daripada Abu Darda RA berkata: Aku telah mendengar Nabi SAW bersabda: 

"... Dan para Nabi itu sebenarnya tidak mewariskan dinar (wang emas) dan dirham (wang perak) tetapi yang diwariskan oleh mereka ialah ilmu. Maka barangsiapa mengambil ilmu bererti ia telah mengambil habuan yang paling sempurna."

Hadis Riwayat Abu Daud

Menuntut ilmu itu fardhu bagi setiap orang islam

Seperti yg biasa kita dengar, apalah maknanya suatu amalan tanpa ilmu.. Maka, jadilah ia suatu pekerjaan yg sia-sia sahaja dan merugikan diri sendiri. Justeru, tuntutlah ilmu.. Lumrah dunia, org yg berilmu akan sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat.

Apabila mempunyai ilmu pula, beramallah dgnnya. Sampaikan dan kongsikan bersama-sama agar ilmu yg diperolehi itu diberkati dan diredhai oleh Allah S.W.T. Sesungguhnya, setiap ilmu itu adalah milik-Nya jua..


Thursday, March 22, 2012

Percutian ke Langkawi bersama keluarga

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni nak cerita sikit tentang pengalaman pergi bercuti di Langkawi bersama keluarga tercinta. Sebenarnya, trip ni dah dirancang sejak cuti sekolah akhir tahun 2011 lagi selepas terdengar keinginan umi (ibuku) utk ke sana. Kebetulan saya pun belum pernah jejak kaki ke Langkawi. Jadi sejak dari hari tu, saya pun mulalah mencari pakej-pakej menarik yg boleh didapati melalui internet. Belek punya belek, byk betul pilihannya sampai tak tau nak pilih yg mana. Pening kepala juga dibuatnya. Sblm pergi, kena tahu dulu apa aktiviti nak buat kt sana.. Nak shopping ke, nak jalan-jalan ke atau nak buat dedua.. Kena rancang betul-betul supaya waktu & duit tak terbuang bila dah sampai sana. Memandangkan percutian ni akan bawa sekali walid, umi & lutfi, saya fikir tak perlulah byk sgt jalan-jalan. Jalan sikit-sikit cukuplah sbb misi utama adalah shopping.. Jadi kenalah pandai kawal bajet :D
 
Setelah lebih kurang sebulan membuat perbandingan begitu begini antara beli air ticket dan book hotel sendiri dgn ambil pakej, akhirnya saya pilih pakej MAS holidays. Pakej lengkap 3 hari 2 malam dan menginap di Bayview Hotel dgn harga yg saya rasakan berpatutan utk 4 org dewasa & seorg bayi iaitu RM2k. Oh ye, saya menempah 2 buah bilik yg menghadap pemandangan laut. Alhamdulillah, hotel yg kami duduk tu sgt sgt selesa, pelayan hotel yg mesra dan mudah nak ke mana-mana sbb hotel tu terletak di Pekan Kuah dan sgt dekat dgn stesen teksi. Stesen tu dpn hotel je jadi x perlu tunggu lama-lama jika perlukan perkhidmatan teksi. Hanya beritahu pd receptionist di kaunter, tak sampai 5 minit teksi akan datang terus ke lobi. 

Selama di Langkawi, aktiviti utama saya adalah shopping. Yelah, harga barang-barang murah mcm coklat, pinggan-mangkuk, kuali, cadar, comforter dan byk lagilaaaah.. Kalau dah nama perempuankan, maklum sajalah :D Saya sempatlah juga borong pelbagai jenis coklat sbb saya & suami mmg hantu coklat hehe Sblm pergi  Langkawi, saya dah pesan kt suami spy 'puasa' mkn coklat utk sebulan.. :D Selain coklat, adalah beli benda lain juga mcm kuali Tefal, cadar, comforter & tuala. Kuali Tefal tu dah mmg rancang nak beli sbb harga murahkan, nak beli kt KL mahal sgt.

Tempat-tempat wajib yg mesti pergi kt Langkawi semestinya kedai 'Haji Ismail Group' & 'Idaman Suri'. Kalau nak ke kedai Haji Ismail tu kami hanya berjalan kaki sbb jaraknya dekat dari hotel. Nak shopping pon senang, bila-bila masa je. Jika nak ke Idaman Suri, perlu naik teksi dan jaraknya dari Bayview tak sampai 10 minit. Yang saya perasan, jika turun awal sblm tgh hari org tak ramai sgt jadi senang nak pilih-pilih barang dan tak perlu bersesak-sesak. Bila dah petang, org akan bertambah ramai dan akan rasa cepat letih. Lagi-lagi masa kami pergi tu musim cuti persekolahan.

Eyh, panjang pulak entry nih..ingat nak tulis sikit-sikit je..hehe by the way saya nak share jugaklah sedikit tips bagi mereka yang ingin bercuti di Langkawi especially bagi mereka yang mahu shopping. Sharing is caring, kan? ;)
  • Jika nak beli baju Cotton, boleh dpt harga semurah RM20 di kedai yang terletak dalam Plaza D'Mara bersebelahan hotel Bayview. Semua baju-bajunya harga sama. Saya bandingkan juga baju yg sama di kedai 'Cotton Art', kualitinya sama tp harga di 'Cotton Art' lebih mahal, RM28.
  • Harga coklat di kedai Haji Ismail Group lebih murah berbanding di Idaman Suri. Bezanya dlm seringgit juga. Jadi dah boleh jimat kalau nak borong byk-byk. Kan?
  • Jika berhajat nak beli pinggan-mangkuk, lebih byk pilihan di Idaman Suri. Geram je tgk, cantik-cantik pula tu... Takpe, next time.. hehe
  • Pada yg ingin mencari barangan seperti thermos 'La Gourmet', boleh cari di kedai berhadapan Haji Ismail Group. Kedai Chinese sederet dgn kedai-kedai jual tembakau, dah lupa pulak namanya hehe tempat lain saya tak jumpa 'La Gourmet' nih.. Saya beli thermos air 500mL dgn harga RM38 tp kalau kt KL harganya RM100+..
P/S: Saya tidak diberi komisyen apa-apa ttg tips di atas. Hanya sekadar panduan dan berkongsi pengalaman.. :)

My heroes

Lutfi yg suka lompat-lompat dlm baby cotnya @ Hotel Bayview, Langkawi

Sblm berlepas @ KLIA

Say cheeeeseeeeeee

Beg-beg yg 'terberanak' di Langkawi :D

Lapangan Terbang Langkawi