Monday, March 26, 2012

Sunnah Semasa Tidur


1. Tidur Dalam Keadaan Berwuduk


Daripada Barra' bin Azib RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu hendak ke tempat perbaringan, berwuduklah sebagaimana wuduk untuk sembahyang kemudian baringlah di atas lambung kanan.. (Riwayat Muttafaqun Alaihi)


 
2. Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur


Daripada Aisyah RA. katanya Nabi SAW apabila ke tempat hamparan tidur setiap malam baginda menatadah kedua tangannya kemudian menghembus kedua tapak tangan lalu membaca surah Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas kemudian baginda menyapu ke bahagian badan yang dapat dicapai oleh kedua tangan, baginda memulakannya dari kepala, muka dan bahagian badan yang dapat dicapai. Baginda melakukan seperti demikian sebanyak tiga kali. (Riwayat Bukhari)

 
3. Takbir dan Tasbih Ketika Tidur

Daripada Ali katanya: Fatimah RA mengadu tentang apa yang terjadi pada tangannya sebab menggiling. Beliau pergi mengadap Rasulullah SAW untuk memohon seorang  pembantu tetapi baginda tiada.beliau meninggalkan pesan terhadap Aisyah. Apabila Rasulullah SAW kembali Aisyah memberitahu baginda. Kata Ali RA: Baginda datang menemui kami di tempat tidur, lalu aku berdiri untuk menyambut. Baginda bersabda: duduklah, lalu baginda dua bersama kami sehingga aku dapati kaki baginda terasa sejuk di atas dadaku. Baginda bersabda: Mahukah aku tunjukkan kepada kamu berdua apa yang lebih daripada pembantu? Apabila kamu ke hamparan tidur atau tempat berbaring;
  • Bertakbirlah (Allahuakbar) 33 kali
  • Bertasbih (Subhanallah) 33 kali
  • Bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali. 
Kata Ibnu Sirin bertasbih adalah sebanyak 34 kali.

(Riwayat Muttafaqun Alaihi)

 
4. Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam

Daripada Ubadah bin al-Shamad RA: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa bangun pada malam lalu ia membaca:

"Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, Yang tiada bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan kepujian, Dia Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu, Segala puji-pujian hanya untuk Allah, Maha Suci Allah, tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan melainkan Allah."

Kemudian ucap: "Ya Allah! Ampunkanku " dan kalau ia berdoa pasti mustajab doanya dan jika ia berwuduk kemudian sembahyang pasti diterima sembahnyangnya. (Riwayat Bukhari)

 
5. Berdoa Ketika Bangun Daripada Tidur

Daripada Huzaifah bin Al-Yaman RA katanya Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu berbaring di tempat tidur bacalah: "Dengan namaMu ya Allah aku mati dan hidup".

Dan apabila bangun dari tidur bacalah: "Segala Puji-pujian bagi Allah yang menghidupkan (membangunkan) kami setelah kami mati dan kepada-Nya kami dibangkitkan." (Riwayat Bukhari)


No comments:

Post a Comment