Mengenalinya membuatkan orang lain jatuh hati padanya. Melakukan sunnahnya menyenangkan hati orang yang mengamalkannya. Perbuatan orang yang mengamalnya menyejuk mata orang yang memandang. Biarpun sudah beribu tahun beliau meninggal dunia, amalannya tetap menjadi ikutan seolah-olah dirinya masih hidup di kalangan kita.
Daripada Anas bin Malik katanya Rasulullah SAW bersabda kepadaku:
Daripada Anas bin Malik katanya Rasulullah SAW bersabda kepadaku:
"Wahai anakku jika kamu boleh berada pada pagi dan petang dengan tiada di hatimu penipuan terhadap seseorang, lakukanlah. Kemudian baginda bersabda lagi: Wahai anakku, demikan juga dari sunnahku, sesiapa yang menghidupkan sunnahku, ia telah cinta padaku dan sesiapa yang cinta padaku ia pasti bersamaku dalam Syurga."
(Riwayat Tirmizi)
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu Subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah".
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
No comments:
Post a Comment