Thursday, March 29, 2012

Mukjizat Zam Zam

Selang beberapa hari lepas, saya ada menonton sebuah dokumentari bertajuk 'Mukjizat Zam Zam' di saluran Oasis. Dokumentari tu mungkin sudah tersiar beberapa kali cuma saya saja yang baru menonton. Jadi kali ni, saya nak buat entry ringkas mengenainya..

Sebenarnya saya begitu tertarik dengan kajian yang dilakukan oleh seorang pengamal perubatan di Munich, Jerman bernama Dr. Knut Pfeiffer. Beliau telah membuat kajian dengan membandingkan antara air zam zam dan air di Munich, Jerman yang mana air di situ dikatakan adalah paling asli dan bersih. Menurutnya, air di Munich dari segi kimianya memang sempurna tetapi dari segi tenaganya hancur. 

Seingat saya, beliau mengatakan air zam-zam itu mempunyai jalur tenaga positif dan jika sel-sel manusia yang lemah menerima air zam zam ia akan berubah menjadi segar dan sihat. Dalam erti kata lain, jika sistem sel badan memberikan kesan positif maka tenaga akan bertambah kerana tenaga datangnya daripada sel-sel yang sihat. Maka tidak hairanlah air zam zam dikatakan berupaya menyembuhkan penyakit. Subhanallah...


Malah ada satu hadis yang menyebut:

"Sebaik-baik air di bumi adalah air zam zam, di dalamnya ada makanan yang mengenyangkan dan ubat yang menyembuhkan penyakit."

 (Hadis Riwayat Tabrani dan Ibnu Hibban)

No comments:

Post a Comment