Assalamualaikum w.b.t.
Hari ni nak cerita sikit tentang pengalaman pergi bercuti di Langkawi bersama keluarga tercinta. Sebenarnya, trip ni dah dirancang sejak cuti sekolah akhir tahun 2011 lagi selepas terdengar keinginan umi (ibuku) utk ke sana. Kebetulan saya pun belum pernah jejak kaki ke Langkawi. Jadi sejak dari hari tu, saya pun mulalah mencari pakej-pakej menarik yg boleh didapati melalui internet. Belek punya belek, byk betul pilihannya sampai tak tau nak pilih yg mana. Pening kepala juga dibuatnya. Sblm pergi, kena tahu dulu apa aktiviti nak buat kt sana.. Nak shopping ke, nak jalan-jalan ke atau nak buat dedua.. Kena rancang betul-betul supaya waktu & duit tak terbuang bila dah sampai sana. Memandangkan percutian ni akan bawa sekali walid, umi & lutfi, saya fikir tak perlulah byk sgt jalan-jalan. Jalan sikit-sikit cukuplah sbb misi utama adalah shopping.. Jadi kenalah pandai kawal bajet :D
Setelah lebih kurang sebulan membuat perbandingan begitu begini antara beli air ticket dan book hotel sendiri dgn ambil pakej, akhirnya saya pilih pakej MAS holidays. Pakej lengkap 3 hari 2 malam dan menginap di Bayview Hotel dgn harga yg saya rasakan berpatutan utk 4 org dewasa & seorg bayi iaitu RM2k. Oh ye, saya menempah 2 buah bilik yg menghadap pemandangan laut. Alhamdulillah, hotel yg kami duduk tu sgt sgt selesa, pelayan hotel yg mesra dan mudah nak ke mana-mana sbb hotel tu terletak di Pekan Kuah dan sgt dekat dgn stesen teksi. Stesen tu dpn hotel je jadi x perlu tunggu lama-lama jika perlukan perkhidmatan teksi. Hanya beritahu pd receptionist di kaunter, tak sampai 5 minit teksi akan datang terus ke lobi.
Selama di Langkawi, aktiviti utama saya adalah shopping. Yelah, harga barang-barang murah mcm coklat, pinggan-mangkuk, kuali, cadar, comforter dan byk lagilaaaah.. Kalau dah nama perempuankan, maklum sajalah :D Saya sempatlah juga borong pelbagai jenis coklat sbb saya & suami mmg hantu coklat hehe Sblm pergi Langkawi, saya dah pesan kt suami spy 'puasa' mkn coklat utk sebulan.. :D Selain coklat, adalah beli benda lain juga mcm kuali Tefal, cadar, comforter & tuala. Kuali Tefal tu dah mmg rancang nak beli sbb harga murahkan, nak beli kt KL mahal sgt.
Tempat-tempat wajib yg mesti pergi kt Langkawi semestinya kedai 'Haji Ismail Group' & 'Idaman Suri'. Kalau nak ke kedai Haji Ismail tu kami hanya berjalan kaki sbb jaraknya dekat dari hotel. Nak shopping pon senang, bila-bila masa je. Jika nak ke Idaman Suri, perlu naik teksi dan jaraknya dari Bayview tak sampai 10 minit. Yang saya perasan, jika turun awal sblm tgh hari org tak ramai sgt jadi senang nak pilih-pilih barang dan tak perlu bersesak-sesak. Bila dah petang, org akan bertambah ramai dan akan rasa cepat letih. Lagi-lagi masa kami pergi tu musim cuti persekolahan.
Eyh, panjang pulak entry nih..ingat nak tulis sikit-sikit je..hehe by the way saya nak share jugaklah sedikit tips bagi mereka yang ingin bercuti di Langkawi especially bagi mereka yang mahu shopping. Sharing is caring, kan? ;)
- Jika nak beli baju Cotton, boleh dpt harga semurah RM20 di kedai yang terletak dalam Plaza D'Mara bersebelahan hotel Bayview. Semua baju-bajunya harga sama. Saya bandingkan juga baju yg sama di kedai 'Cotton Art', kualitinya sama tp harga di 'Cotton Art' lebih mahal, RM28.
- Harga coklat di kedai Haji Ismail Group lebih murah berbanding di Idaman Suri. Bezanya dlm seringgit juga. Jadi dah boleh jimat kalau nak borong byk-byk. Kan?
- Jika berhajat nak beli pinggan-mangkuk, lebih byk pilihan di Idaman Suri. Geram je tgk, cantik-cantik pula tu... Takpe, next time.. hehe
- Pada yg ingin mencari barangan seperti thermos 'La Gourmet', boleh cari di kedai berhadapan Haji Ismail Group. Kedai Chinese sederet dgn kedai-kedai jual tembakau, dah lupa pulak namanya hehe tempat lain saya tak jumpa 'La Gourmet' nih.. Saya beli thermos air 500mL dgn harga RM38 tp kalau kt KL harganya RM100+..
P/S: Saya tidak diberi komisyen apa-apa ttg tips di atas. Hanya sekadar panduan dan berkongsi pengalaman.. :)
My heroes |
Lutfi yg suka lompat-lompat dlm baby cotnya @ Hotel Bayview, Langkawi |
Sblm berlepas @ KLIA |
Say cheeeeseeeeeee |
Beg-beg yg 'terberanak' di Langkawi :D |
Lapangan Terbang Langkawi |
Mcm menarik nak pergi ke sana...;)
ReplyDelete